Kita perlu menyangkal dakwaan-dakwaan bahawa program seperti ini mampu menyesatkan umat Islam. Ya, umat Islam akan sesat hanya jika mereka tidak mempunyai ilmu apatah lagi jika tidak mempraktikkan Islam dalam kehidupan mereka dan tidak meyakini undang-undang dan peraturan Islam.
Tetapi Islam menyambut baik acara-acara debat antara agama kerana anjuran Allah S.W.T dalam surah An-Nahl (16:125) yang berbunyi:
ادْعُ إِلِى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
Dalam suasana Islam menjadi agama minoriti serta dipalit lumpur dengan peristiwa 9/11 di US ini, debat mampu untuk menyuarakan dan menyatakan konsep-konsep dan pendirian sebenar Islam dalam hal-hal tersebut. Begitu juga, imej yang ditonjolkan oleh umat Islam tidak mampu menarik minat mereka untuk mengenali Islam lebih dekat.
Saya teringat kata-kata seorang Muslim yang convert apabila sebelum ini beliau menganggap orang Islam ialah orang yang menyembah batu sebagai Tuhan. Beliau bersangkaan sedemikian kerana melihat umat Islam menyembah kaabah. Jadi, di sini kita dapat melihat bahawa kita mestilah menyebarkan kefahaman tentang Islam dengan segala medium dan cara yang ada dan salah satu caranya ialah debat. Hal ini kerana, di Hari Akhirat nanti, kita pasti akan ditanya oleh Allah tentang usaha kita menyebarkan Islam.
Islam itu "rahmatan lila'lamin" yakni menjadi rahmat untuk sekalian manusia di muka bumi ini. Oleh itu, Islam merupakan penyelamat kepada manusia tidak mengira bangsa. Kenapa? Kerana Islam sahaja mampu untuk menyelamatkan manusia daripada azab Allah di akhirat. Allah telah mengikitiraf Islam sebagai satu-satunya sistem hidup pilihan manusia dalam surah Ali-Imran (3:19) yang berbunyi ;
إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللّهِ الإِسْلاَمُ
Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.
Selaku umat Islam juga, kita haruslah berilmu supaya kita lebih meyakini Islam sebagai nadi kehidupan kita serta mampu menjawab pertanyaan-pertanyaan orang bukan Islam. Kita juga mestilah mempunyai ilmu tentang Islam supaya generasi yang kita lahirkan selepas ini merupakan generasi yang takutkan Allah dan mencintai Rasulullah.
Jadi, jangan hanya melihat orang berdebat! Datanglah halaqah (Sabtu), usrah, kuliah tafsir (Ahad) dan pelbagai lagi supaya kita menjadi muslim yang benar di mulut dan benar dalam perbuatan seharian.
Disediakan oleh: Mr. FBI
lebih baik kita train pelajar-pelajar supaya berdebat menggunakan AQ dan AS drpd berckp kosong mengambil kata-kata hikmah manusia biasa
ReplyDeleteYa..pastinya pengajaran ilmu agama mesti diterapkan secara menyeluruh..kita x nak seseorang bercakap tanpa ilmu sehingga mengetepikn org yang berilmu
ReplyDeleteTtp tidak ramai yg mengambil serius pelajaran agama..senang sangat dapat A..hehe
ReplyDeleteIslam satu-satunya agama yang dipraktikkan setiap hari..ikhlas dan syariat yg betul menjadi tunjang..namun di zaman moden ini, manusia melihat agama hanya sebagai pelengkap hidup dan ada juga yang ingin mengubah Islam mengikut fikiran sendiri
ReplyDeleteBetul2..kita practising Muslim..teringat post Ust Hasrizal di SaifulIslam.com ttg muslim fantasi vs nonmuslim realiti..lebey kurang cenggitu la
ReplyDelete