Solat malas-malas serupa tak solat

Dibawah adalah sebahagian kompilasi daripada Al-quran tentang solat. Dalam setiap surah yang dipaparkan, cuba anda lihat turutan ayat tersebut, bagaimana segala masalah bermula dengan pengabaian solat. Manakala, kejayaan dan kebahagiaan pula bermula daripada sikap serius tentang solat.



Petikan daripada terjemahan surah al-Muddaththir

1) Di dalam Syurga (yang penuh nikmat), mereka bertanya-tanya, tentang orang-orang yang bersalah (setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata) [74:40-41]:

2) Puak kanan : "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?" [74:42]

3) Pesalah-pesalah : "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan SOLAT" [74:43]

4) Pesalah-pesalah : "Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin" [74:44]

5) Pesalah-pesalah : "Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang-orang yang memperkatakannya." [74:45]

p/s: Penerangan drpd Ibn Kathir - meaning, "we used to speak about what we had no knowledge of." Qatadah said, "It means that every time someone went astray we would go astray with them.''

6) Pesalah-pesalah : "Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan" [74:46]

7) Pesalah-pesalah : "Sehinggalah kami didatangi oleh perkara yang tetap diyakini". i.e. mati [74:47]

Analogi1
Tidak solat> tak bagi makan orang miskin> bodoh sombong> berdusta dengan hari pembalasan


Petikan daripada surah al-Ma`un

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

1) Tahukah engkau akan orang yang mendustakan pembalasan? [107:1]

2) Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim. [107:2]

3) Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin. [107:3]

4) Maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang (iaitu mereka yang berkeadaan lalai dalam mendirikan SOLAT yang mana mendirikan solat supaya dilihat orang ramai). [107:4]

5) Dan orang-orang yang tidak memberi pertolongan yang kecil-kecilan (i.e.bagi pinjam periuk, gula, garam, quarter, dll) [107:5]

Analogi2
berdusta dengan hari pembalasan> zalim dengan anak yatim> tak bagi makan orang miskin> solat main-main

Petikan daripada surah al-Mo'minoon

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

1) Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. [23:1]

2) Iaitu mereka yang khusyuk dalam SOLATnya. [23:2]

3) Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. [23:3]

4) Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya. [23:4]

5) Dan mereka yang menjaga kehormatannya. [23:5]

6) Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. [23:6]

7) Maka, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas. [23:7]

8) Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya. [23:8]

9) Dan mereka yang tetap memelihara SOLATnya i.e. (solat pada waktunya). [23:9]

10) Mereka itulah adalah pewaris, yang akan mewarisi Syurga Firdaus, mereka kekal di dalamnya. [23:10-11]


Jadi kawan-kawan, kesimpulannya:

1. Jagalah kualiti solat kita.

2. Solatlah pada waktunya.

3. Ibadah pertama yang Allah akan tengok nanti kat akhirat adalah solat.

4. Solat adalah penunjuk kepada kepercayaan kita kepada hari pembalasan.

5. Sebab masuk neraka atau syurga adalah kerana solat.

6. Kalau selepas solat tak rasa tenang dan tak rasa spiritual meningkat maka cuba perbaiki dan tambah dengan solat sunat.

7. Jom kita solat berjemaah di Morgan 805 bagi rakan2 Vandy. Jangan ketinggalan untuk bersyukur kepada Ilahi.

Wassalam,
Nasir

Salam Perpisahan Buat Para Senior

Minggu lalu baru sahaja tamat Commencement bagi para pelajar Senior. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada anda semua atas kejayaan yang anda capai dan pastinya semua itu akan menjadi contoh tauladan bagi kami. Saya merasakan seperti baru sahaja datang ke US ini dan baru sahaja mengenali sedikit sebanyak para Senior, tup-tup mereka sudah ingin pulang ke Malaysia untuk mencipta kerjaya mereka masing-masing.


Saya rasa tidak cukup di sini untuk mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada para pelajar Senior lelaki mahupun perempuan yang telah membantu kami selama anda berada di sini. Terutama apabila kita melakukan aktiviti bersama seperti pergi ke Michigan, Atlanta dsb untuk menuntut sedikit sebanyak ilmu agama. Bagi saya, para pelajar Seniorlah yang telah membuka mata dan hati saya di sini untuk terus mendekati Allah dengan menuntut ilmu agama bersesuaian dengan firman Allah :


إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاء

Sesungguhnya yang takut kepada Allah itu ialah orang-orang yang berilmu (35:28)


Sebelum ini, saya beranggapan bahawa Islam tidak mendapat tempat di hati orang Amerika. Namun, sebenarnya saya silap dan saya percaya, ramai di kalangan orang Malaysia terutamanya dan negara-negara Islam yang lain amnya masih berpandangan negatif kepada Amerika. Bagaimana menurut sabda Rasulullah :


الإسلام يعلو ولا يعلى عليه

Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripada Islam.


Sungguh saya lihat sendiri bagaimana Islam dapat menyatu-padukan orang-orang Amerika. Sebenarnya, Amerika merupakan negara yang mempunyai pelbagai lapisan masyarakat. Mungkin saya boleh katakan semua bangsa yang ada di dunia terdapat di Amerika ini. Jika kita lihat baru-baru ini juga di mana di New York, terdapat cubaan untuk meletupkan kenderaan oleh seorang suspek yang dipercayai orang Pakistan. Kejadian tersebut telah menyebabkan orang-orang Pakistan di Amerika berasa kecewa dan terguris hati kerana pandangan dunia kini ditumpukan kepada mereka. Dan, apa yang mengejutkan saya, mereka juga mempunyai akhbar mereka sendiri yang berbahasa Pakistan! Itu adalah satu contoh yang dapat saya beri untuk menunjukkan bahawa Amerika mempunyai lapisan masyarakat yang unik.



Berbalik kepada Islam dapat menyatukan bangsa yang saya sebutkan tadi. Saya dapat melihat bagaimana orang kulit hitam dan orang kulit putih mampu duduk sekali, solat bersama dan melakukan aktiviti tanpa rasa perkauman kerana dalam Islam, kita semua adalah bersaudara. Sebenarnya, suasana perkauman atau mungkin lebih tepat perasaan ketidakpedulian (ignorance) masih sedikit sebanyak terlihat di kalangan orang Amerika. Saya tidak nafikan bahawa di negara seperti Amerika, pepatah siapa cepat dia dapat lebih tepat untuk menggambarkan suasana di sini. Namun, apa yang pasti, masalah perkauman itu pasti ada di mana-mana di pelusuk dunia ini.

Allah yang menciptakan semua manusia, Dia sedia tahu bahawa manusia pasti akan berpecah belah membela dan menaikkan puak dan kaum masing-masing lalu Dia menegaskan bahawa puak, kabilah, kaum, parti, mahupun persatuan hendaklah dibangunkan di atas dasar kenal-mengenali, bersatu padu dan bekerjasama tanpa ada rasa prejudis dan buruk sangka. Dan Allah juga menegaskan bahawa tiada kaum mana pun di kalangan manusia yang mendapat tempat di sisinya melainkan kaum yang bertakwa. Ini dinukilkan seperti firmanNya :


يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوباً وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (49:13)


Saya boleh katakan bahawa jika bukan kerana Islam, Amerika kini masih gelap diselimuti api permusuhan antara kaum. Jika kita soroti kembali tokoh-tokoh yang membawa perpaduan di Amerika, kita mampu mengingat nama Abraham Lincoln, namun kita lupa atau memang kita langsung tidak disajikan sejarah tentang Malcolm X atau nama sebenarnya El-Hajj Malik El-Shabazz hanya kerana dia memperjuangkan keadilan Islam. Tidak keterlaluan rasanya jika saya katakan bahawa Islam bertapak teguh di Amerika sejak zaman Malcolm X, seorang yang berbangsa kulit hitam dan beliau sepertimana pejuang-pejuang Islam dalam sejarah, mati kerana dibunuh.



Peminggiran orang-orang kulit hitam di Amerika dahulu amat teruk sekali sehinggalah suara-suara Islam seperti Malcolm X membebaskan mereka dari belenggu kerakusan nafsu kuasa pemerintahan kepada keadilan hak dan kebebasan.



Ternyata, kita selaku orang Islam mestilah meyakini kebenaran Islam sebagai satu-satunya agama yang diredhai Allah. Hendaklah kita sentiasa meningkatkan pengetahuan kita tentang Islam supaya kita dapat mendekatkan diri kepada Allah, dan akhirnya berada si kalangan orang-orang yang dekat (Muqarrabin) di sisi Allah S.W.T. Akhir kata, ucapan tahniah sekali lagi kepada para pelajar Senior year.


Yang menulis,

Tinta Muhandis.

Untung dan Rugi dalam Berniaga

Cuti Summer sudahpun bermula. Kehangatan mula dirasai bukan sahaja kehangatan terik mentari musim panas tetapi juga kehangatan tilam dan bantal yang empuk serta kehangatan permainan komputer yang mengasyikkan. Walau bagaimana cara sekalipun kita menghabiskan cuti kita pada kali ini, jangan sampai kita terlalai dalam menjalankan tugas sebagai hamba Allah.


Saya ingin mengajak anda semua untuk kita muhasabah diri kita, bagaimana tahap iman kita pada hari ini. Amalan bermuhasabah diri ini merupakan satu kemestian bagi seorang Muslim seperti mana yang dilihat melalui contoh ulama' salaf yakni Umar al-Khattab, sepertimana kata-katanya :


Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab, timbangilah (amalan kamu) sebelum kamu ditimbang dan bersedialah untuk hari pengadilan yang Maha Besar. (Umar al-Khattab)

Memulakan pagi hari dengan azam dan niat yang ikhlas, dan menutupi hari dengan muhasabah, itulah tanda orang beriman.


Perniagaan

Perbandingan muhasabah diri ini samalah seperti adat kebiasaan orang berniaga. Siang dan malam mengira untung dan rugi. Sepertimana seseorang yang menjalankan perniagaan mengenalpasti kelemahan yang menyebabkan kerugian, seperti itulah kita perlu koreksi diri kita supaya kita menyesali dosa yang telah dilakukan agar kita tidak rugi di akhirat kelak.


Dan juga sepertimana seorang businessman mengenalpasti kekuatan, potensi, dan peluang yang menyebabkan keuntungan, maka seperti itulah kita perlu koreksi diri kita sejauh mana kita merebut peluang untuk mendekatkan diri kita kepada Allah agar kita berada di kalangan orang-orang yang beruntung yakni golongan أَنعَمتَ عَلَيهِمْ (golongan yang mendapat nikmat jalan yang lurus).


Dua Element Dalam Diri

Sahabat-sahabat sekalian, sesungguhnya seorang manusia itu diberikan dua perkara. Dua perkara ini adakalanya bersahabat dan adakalanya saling bertetak parang, bergantung kepada bagaimana iman kita menguruskan mereka. Dinukilkan dalam kitab Allah yang suci :


فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا - قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا - وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا

Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya [91:8-10].


Dua perkara ini yakni akal dan nafsu, telah disebutkan oleh Allah bahawa kedua-dua mereka ini mampu kita bawa ke arah kebaikan mahupun keburukan dan kejahatan. Dan Allah mengiktiraf dan men"define"kan erti kejayaan itu ialah apabila kita mampu menguruskan akal dan nafsu berlandaskan syariat Allah قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا. Dan Allah menghukumkan kegagalan dan kerugian bagi mereka yang menurut kehendak akal dan nafsu dengan tidak berlandaskan Islam وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا.


Atheism dan Rationalism

Bercakap soal akal dan nafsu, ada segolongan daripada manusia menggunakan akal sepenuhnya dan mengikut hawa nafsu mereka sepuasnya, dan golongan yang saya ingin rujuk ialah golongan Atheist. Mereka menggunakan nikmat akal yang diciptakan oleh Allah yang begitu complex untuk menyembunyikan diri daripada fakta dan kebenaran. Mereka mengikuti hawa nafsu mereka dengan memekakkan telinga dan berbicara secara retorik tanpa hujah yang kukuh.

Richard Dawkins merupakan "pendakwah" Atheism yang terkenal dalam dunia orang-orang Atheist ini. Dia merupakan pakar dalam bidang Evolutionary Biologist. Dia sendiri digelar sebagai Militant Atheist kerana memperjuangkan slogan anti semua agama.


Kuasa Melebihi Kuasa Manusia

Namun apabila kita lihat firman Allah dalam Al-Quran, yang mana terdapat lebih kurang 6 ayat yang mempunyai bentuk seperti di bawah :


وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى يُؤْفَكُونَ

Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan?" Tentu mereka akan menjawab: "Allah", maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)? [29:61].


Jadi, di dalam ayat tersebut, Allah sebagai Engineer yang merekacipta kita, pastinya Dia tahu segala permasalahan manusia termasuk permasalahan manusia yang tidak mengaku kewujudan Tuhan seperti yang diterangkan dalam ayat ini.


Sebenarnya manusia ini, apabila dia sudah menemui jalan buntu yang mana tiada manusia mampu untuk membantunya, barulah dia mengucapkan Ya Allah, Oh Lord, Oh God dan sebagainya walaupun dahulunya dia seorang Atheist.


Contohnya jika satu orang menjalani latihan payung terjun, jika payung terjunnya tidak terbuka, maka pada saat itu dia mengetahui bahawa tiada satu manusia berkuasa menyelamatkannya, barulah dia mula meminta pertolongan kepada satu kuasa yang melebihi kuasa manusia yakni Allah S.W.T. Kita berlindung kepada Allah daripada iman yang sebegini rupa.

Apabila tiada kuasa manusia mampu membantu kita, barulah kita merayu pertolongan Yang Maha Kuasa. Betapa lemah iman kita.


Wallahua'lam


Yang Menulis,

Tinta Muhandis

Vandy Khutbah: Importance of The Quran by Imam Abda'llah