Labels

Aku Hanya Islam Pada Nama

Solat tidak pernah tertinggal,

Gosip pun tidak pernah tinggal jua,

Jaga tepi kain orang,

Lupa pada keburukan diri,

Tak pernah nak bertaubat pada ilahi,

Aku hanya Islam pada nama.


Zakat ku bayar,

Namun riba tetap ku ambil,

Sedekah menyebabkan aku miskin,

Sibuk sangat dengan dunia sementara,

Tiada masa bagiku beribadah,

Aku hanya Islam pada nama.


Aku ucap bahawa Allah sahaja yang layak disembah,

Aku kata aku cinta Allah,

Tapi setiap jam aku chat dengan pakwe,

Setiap saat aku nak bersama makwe,

Dia yang aku paling puja dan suka,

Aku hanya Islam pada nama.





Aku bersaksi tiada yang layak disembah melainkan Allah dan Muhammad itu utusan Allah.

Aku kata aku yakin dengan Al-Quran,

Dalam tu Allah kata jangan dekati zina,

Dekat pun tak boleh, berzina apatah lagi,

Seronok pula berborak dengan berlainan jantina,

Membuatkanku ketagih dan nak lagi,

Mula-mula ditempat terbuka beramai-ramai,

Kemudian tertutup di internet berdua,

Kemudian Allah sahajalah yang tahu,

Aku hanya Islam pada nama.


Islam maksudnya menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah,

Hati, lisan mahupun anggota,

Semuanya kena serahkan kepada Allah,

Tapi aku suka baca horoskop dan tilik nasib,

Aku serahkan masa depanku pada bintang-bintang dan kuiz-kuiz tilik nasib,

Bila dapat result yang baik aku lega,

Bila dapat result buruk aku duka,

Aku hanya Islam pada nama.


Hijab tu wajib bagi lelaki mahupun wanita,

Itu Allah yang suruh tiada syak lagi,

Lelaki kena tundukkan pandangan,

Perempuan kena berhati-hati dalam pergaulan,

Aku tahu melihat aurat itu salah,

Aku tahu bertepuk tampar dengan lelaki tu parah,

Aku ikut orang lain buat bukan ikut kehendak Allah,

Aku hanya Islam pada nama.


Aku pakai tudung,

Aku pakai baju kurung,

Aku tak bisa melihat ada orang berdua,

Aku tak bisa melihat benda yang curiga,

Kena heboh dan beritahu orang lain,

Allah kata jangan,

Tapi itu yang lebih ku suka,

Aku hanya Islam pada nama.


Aku munafik rupanya,

Nampak macam Islam,

Tapi hati tak percaya Allah dan hari pembalasan,

Tuhanku hawa nafsu,

Yang penting aku seronok dan suka,

Bila ada iftar aku paling laju,

Bila ada kelas tentang Allah kau pergi dulu,


Aku mahu bertaubat ya Allah,

Baru kutahu sukar nak masuk syurga,

Aku bersaksi dengan penuh keyakinan,

Penuh kebenaran,

Kau sahajalah yang layak disembah,

Bukan nafsuku,

Bukan apa yang orang suruh,

Bukan bintang-bintang,

Sebab semua itu Kau ciptakan,

Kau sahajalah yang layak disembah,


Islam bukan hanya pada nama,

Pada hati, lidah dan anggota,

Pada mu'amalat, pada syari'at,

Pada setiap detik setiap saat,


P/S:

1. Peringatan ini lebih-lebih lagi untuk diriku.

Ahmad Nasiruddin Ab Razak

6 comments:

  1. satu situasi yg amat critical sedang berlaku:

    ana lihat segelintir masyarakat vandy bangga apabila melakukan maksiat.. ape yg perlu kita buat??

    buraq100

    ReplyDelete
  2. dakwah dengan berhikmah!

    ReplyDelete
  3. kadang2 org tak paham dakwah dgn berhikmah tu ape. cube terangkan lebih terang dan jelas

    ReplyDelete
  4. soalan yang diberikan sangat general, jadi sayapun bagi jawapan yang general. Kalau ada spesifik soalan itu lebih bagus situasi bagaimana yang anda hadapi.

    berdakwah dengan berhikmah adalah menyampaikan mesej sehingga orang yang didakwahkan itu dapat membezakan yang baik dan buruk.

    apabila berdakwah hendaklah bersesuaian dengan masa, tempat, keadaan dan individu tersebut.

    Al-quran adalah sumber dakwah yang paling utama sekali kemudian as-sunnah. dalam surah 3abasa Allah menggunakan orang ketiga untuk menegur rasulullah kerana memalingkan diri baginda daripada orang buta. Tidak secara direct kepada Nabi. ini adalah cara quranik dan cara prophetic untuk berdakwah.

    Seerah nabi juga adalah sumber yang sangat2 penting bagaimana rasulullah menyampaikan dakwahnya. banyak situasi2 real live yang kita hadapi berlaku zaman rasulullah boleh di implikasikan.

    mesej utama dalam dakwah adalah kembalikan manusia kepada Allah, kebenaran dan kesabaran.
    kalau betul2 nak belajar berdakwah banyakkan belajar al-quran. surah yang menekankan dakwah surah fussilat. boleh tgk video ni diterangkan panjang lebar cara2 berdakwah:
    http://www.youtube.com/watch#playnext=1&playnext_from=TL&videos=WJjuByzetJg&v=csu80g4NbGw

    paradigma semasa berdakwah kenalah betul. Tugas kita hanya menyampaikan mesej Islam. Kita ada niat kawan kita berubah tapi yang memberikan hidayah adalah Allah s.w.t. Tugas kita hanyalah menyampaikan. jangan paksa2 tapi jangan berhenti berdakwah.

    ReplyDelete
  5. bagaimana pula dengan konsep tarhib dan targhib yakni berlembut dan berkeras.

    ReplyDelete
  6. nk share di fb and my blog...

    ReplyDelete