Labels

Hebatnya!

Hebat? Apa yang hebat?
Seringkali kita mendengar orang-orang disekeliling kita mengatakan tentang kehebatan sesuatu seperti kelebihan, kecantikan yang dimiliki seseorang, kecanggihan dan kemodenan teknologi, kebijaksanaan dan bermacam-macam kehebatan lagi yang boleh kita ungkapkan dalam kehidupan seharian kita.

Ya, memang semua itu adalah hebat-hebat belaka dan tidak dapat disangkal lagi. Malah kehebatan dan kelebihan ini memberi manfaat kepada manusia terutamanya dalam kehidupan seharian. Dengan kehebatan teknologi, kita sedar tanpa telefon, amat susah untuk kita berkomunikasi antara satu sama lain, terutamanya rakan sekerja, ibubapa, adik-beradik dan saudara-mara. Tanpa komputer, betapa sukarnya kita untuk kita melengkapkan assignment dengan kemas dan teratur, malah tanpa komputer juga anda semua pasti tidak berkesempatan membaca artikel ini!

Cuba kita perhatikan alam sekeliling kita. Lihatlah bintang yang bertaburan di angkasa. Sekecil-kecil bintang-bintang yang kita lihat dari bumi sebenarnya mempunyai saiz yang berganda-ganda besarnya berbanding matahari! Bayangkan matahari yang mempunyai diameter 1.392×106 km, adalah antara bintang terkecil di dalam alam semesta. Betapa kerdilnya matahari berbanding bintang-bintang yang lain.

Wahai pembaca yang bijaksana, cuba anda fikirkan apakah kedudukan kita di alam ini. Sedangkan matahari yang kita sangka gagah itu sendiri amatlah kerdil, mengapa manusia masih menganggap dirinya gagah perkasa? Mengapa manusia masih sombong dan takabur? Mengapa manusia masih lagi bersifat bakhil?

Semua persoalan ini akan bermain di fikiran sekiranya kita BERFIKIR. Kita selalu berfikir untuk kejayaan dan kesenangan hidup, berfikir untuk kemajuan dan perubahan diri. Malah dengan kehebatan pemikiran, manusia mampu mengapungkan besi di pemukaan air. Dengan kehebatan pemikiran juga manusia boleh mengapungkan besi di udara.

Walaupun pada asalnya mengapungkan besi di air dan udara (kini dipanggil kapal dan kapal terbang) adalah perkara yang mustahil mengukur dari sudut logik kerana ketumpatan besi yang lebih tinggi berbanding udara dan air, tetapi dengan berfikir, akhirnya perkara itu menjadi realiti dan bukan lagi fantasi.

Manusia mampu berfikir untuk semua itu. Albert Einstein, genius yang menjadi perantis kepada penemuan tenaga nuklear dan pengasas kajian tenaga itu, Wright bersaudara yang mampu mereka cipta bentuk kapal terbang serta Ibnu Sina, guru kepada doktor-doktor pada zamannya yang ilmu perubatannya menjadi rujukan seluruh dunia hingga kehari ini, mereka semua mendapat sanjungan, penghormatan dan nama kerana mereka BERFIKIR.

Betapa hebatnya fikiran manusia. Sudah pasti berfikir untuk perkara-perkara ini tidak salah. Malah Allah suka bagi mereka yang cuba untuk memperbaiki diri sendiri dan kehidupan serta bagi mereka yang berusaha. Tetapi pernahkah terlintas di fikiran kita untuk berfikir tentang kehebatan Ilahi? Pernahkah kita belajar menuntut ilmu selama ini keranaNYA? Pernahkah kita melangkah ke suatu tempat dengan niat keranaNYA? Berapa kalikah kita bersyukur kerana nikmatnya selepas makan, minum, tidur dan diberi kesempatan bernafas hingga ke saat ini?

Pernahkah juga kita berfikir tentang nikmatnYA yang paling besar.......iaitu NIKMAT IMAN. Jika kita tidak beriman, Islam bukan lagi menjadi agama suci kita pada hari ini. Dengan imanlah kita semua masih lagi Islam, yakin dan percaya dengan akal dan hati bahawa Allah itu Tuhan yang tidak nampak di mata yang wajib disembah dan Muhammad yang kita tidak sempat melihatnya ialah pesuruh Allah. Dengan iman jugalah kita masih lagi solat, berpuasa, dan mengikut perintahNYA.

Tanpa iman, kita sesat, buntu dan berada dalam kegelapan tanpa kita sedari. Tanpa nikmat iman dan Islam ini, mungkin kita akan termasuk dalam golongan kafir. Jika kita termasuk dalam golongan kafir dan munafik, nescaya nerakalah tempat kita kembali untuk SELAMANYA selepas ajal tiba. Setelah ajal tiba, apakah makna semua kebongkakkan, kesombongan, ujub dan riak ketika hidup? Fikirkan dengan otak kita yang hebat ini...

Besarkah Kita?

Saya akhiri dengan nasihat daripada Al-Quran dalam surah At-Tahrim (66:6);
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.


Disediakan Oleh : Izzat Hanafi Mukhlis
(The Caliph)
Chemical Engineering Major

2 comments:

  1. Yg perlu menang nobel prize sepatutnya ialah pencipta otak kita...fikir-fikirkanlah

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete