Labels

Syukur : Apabila Tidak Menghadapi Apa-apa Kesulitan

Tenang rasanya apabila semua perkara yang dihajati berlaku dengan lancar. Contohnya pengalaman peribadi sewaktu membeli van dari seorang penjual kereta. Dua bulan berlalu dengan pelbagai masalah yang timbul sehingga kadangkala tercabut nilai keimanan dari diri seperti kesabaran, berlapang dada dan sebagainya lagi. Pada waktu gawat tersebut, kata syukur kepada Allah amat susah sekali untuk bermain di bibir kerana kekecewaan dan kurangnya iman tentang takdir yang ditentukan oleh Allah.

Setelah 2 bulan berlalu, maka barulah segalanya berjalan lancar bak air mengalir. Kata-kata syukur menghiasi sembang tawa ketika itu. Hati berbisik, Ya Allah adakah aku hanya tahu bersyukur hanya ketika senang dan gembira ?

Ternyata, syukur kepada Allah itu tidak sepatutnya hanya ketika kita senang tetapi kita harus tetap bersyukur setiap masa, kerana Allah menjadikan segalanya lancar buat kita. Setiap kali kita melakukan sesuatu, dan tiada masalah berlaku lalu ucaplah Alhamdulillah kerana Allah telah memudahkan segalanya.

Hendaknya kita perlu selalu memohon kepada Allah supaya memudahkan segala urusan kehidupan kita sepertimana doa Nabi Musa kepada Allah yang memohon supaya menenangkan hatinya, memudahkan perdebatannya dan memudahkan urusannya ketika bertemu dengan Firaun. Dan doa ini termaktub di dalam al-Quran dalam Surah Taha ayat 25-28 :






Mudah-mudahan bermanfaat buat semua. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment