Labels

Sekolah Ramadhan

[tag: Musim persekolahan hampir tiba!!!]
Pendaftaran sekolah Ramadhan hampir dibuka. Apakah kita semua akan menjadi pelajar terbaik di sekolah Ramadhan kali ini atau hanya menjadi pelajar tercorot yang tidak mendapat hadiah daripada pengetua sekolah.



Nama jolokan Sekolah Ramadhan diambil daripada bahasa arab iaitu Madrasah Ramadhan. Madrasah atau sekolah Ramadhan ialah bulan dimana semua orang Islam dididik untuk menjalankan perintah Allah dengan menunaikan puasa. Definisi puasa di sini bukan sahaja merangkumi menahan lapar dan dahaga namun ianya jauh lebih itu. Pendidikan Ramadhan mengajar seorang manusia menjauhi perkara yang boleh membatalkan puasa, menahan nafsu, menjauhi segala bentuk maksiat dan memberi manusia kelonggaran untuk mendekatkan diri kepada Allah. Ianya seperti sebuah penyegaran atau “refreshment” hati manusia untuk kembali dekat dan lembut kepada Allah SWT.

Apakah kita terkira betapa banyak nikmat Allah yang kita abaikan rasa syukur kepadaNya. Berapa banyak masa yang telah kita lalaikan menjauhi mengingatiNya. Dan, berapa banyakkah harta dan amal kita yang kita lakukan tanpa menyertai Allah dalam hati kita.




Inilah masa tibanya Ramadhan dimana sahabat-sahabat Rasulullah di zaman baginda menyambut Ramadhan dengan meriah, dengan gah kerana merasa bertuah dipilih Allah untuk berada di sekolah Ramadhan. Janganlah pula kita merasakan ini sebagai satu beban atau sebagai suatu ritual biasa yang dilakukan setiap tahun. Apakah perasaan kita apabila meraikan seseorang pasangan yang sangat kita cintai setelah berlama tidak jumpa, tidak bersua dan melayan rona rindu daripada jauh sehingga mampu menitiskan air mata apabila bertemu. Alangkah indahnya jika kita menjadikan pasangan itu ialah Ramadhan kerana Allah masih mahu mendidik kita dalam bulan ini. Allah masih memberi peluang dan ruang menerima pendidikanNya di bulan Ramadhan. Didiklah diri kita mendekati diri kepada Allah dan jadikan Ramadhan sebagai jalan menuju ketakwaan. Segala puji bagi-Nya tuhan yang merahmatkan orang-orang Islam dengan Ramadhan.
بركللهم لنا في شهر الرمضان

IkhwanJamal
kbrkatn.wordpress.com

No comments:

Post a Comment