Labels

No Discriminacy in Compassion

Semasa bertandang ke ISNA pada minggu lalu, saya amat tertarik dengan “concern” para ulama dan intelektual Muslim pada pembangunan komuniti di US. Mereka tidak hanya melibatkan diri untuk menaikkan komuniti Muslim tetapi mereka turut prihatin dengan masalah society dan community di US yang melibatkan non-Muslim.

Dan pada ISNA Conference pada kali ini, bertepatan dengan temanya “Nurturing Compassionate Community”, saya terasa seperti sudah berada di dalam negara Islam kerana saya tidak mendengar lagi isu-isu ibadah dan bid'ah dalam agama dan sebagainya tetapi saya mendengar tentang Islam dalam komuniti dan inilah yang telah dilakukan oleh Nabi kita Muhammad S.A.W.


Saya tertarik dengan hujah yang dibawa oleh Sh Yasir Qadhi tentang komuniti di US dan peranan Muslim.

1) Pertama, beliau menegaskan supaya kita mestilah prihatin tentang komuniti kita. Komuniti yang dimaksudkan di sini bukanlah komuniti Muslim sahaja malah merangkumi semua bangsa atau agama yang terdapat di US ini. Beliau menegaskan bahawa kita sebagai Muslim tidak sepatutnya hanya prihatin tentang isu-isu Islam dan Muslim sahaja.

2) Kita mesti bekerjasama dengan komuniti dan persatuan di US ini (tentunya bukan Muslim) dalam menegakkan “Truth & Justice” kerana itulah matlamat utama Islam. Kita mesti bersatu dan bekerjasama dalam menangani isu salahguna dadah, keganasan, “racism”, “oppression” , kemiskinan dll masalah dalam komuniti kita.

3) Kita sebagai Muslim tidak sepatutnya hanya concern tentang kawasan orang Islam atau negara berpopulasi Islam sahaja. Contohnya, kalau ada masalah kemiskinan di Malaysia maka oleh sebab Malaysia itu negara Islam maka kita tolong tetapi masalah kemiskinan dan kemelaratan di negara lain yang bukan negara Islam kita tidak perlu tolong. Pandangan seperti ini kurang tepat atau boleh dikatakan kurang Islamik kerana Islam mementingkan konsep – no discriminacy in compassion – kerana Allah is the most compassionate and merciful.

4) Walaupun sesuatu isu itu tidak ada kaitan dengan Islam, sebagai seorang Muslim dalam sesebuah komuniti tersebut, kita tidak boleh pandang sebelah mata sahaja. Ini kerana, anak-anak dan keluarga kita membesar dalam komuniti tersebut. Maka jika kita biarkan komuniti kita rosak, maka kita sudah mencipta generasi yang bakal hanyut dengan masalah sosial terutamanya hanyut dari nilai Islam.

-(Di antara amal-amal itu - bagi orang yang mampu) ialah memerdekakan hamba abdi,
-Atau memberi makan pada hari kelaparan,
-Kepada anak yatim dari kaum kerabat,
-Atau kepada orang miskin yang terlantar di atas tanah,

Ayat ini diturunkan ketika era Mekah (sebelum hijrah nabi ke Madinah) dan ini bermakna tidak wujud lagi komuniti Muslim pada ketika itu. Orang-orang Islam memeluk Islam secara sembunyi-sembunyi. Namun, ayat ini diturunkan oleh Allah kepada mereka pada waktu itu supaya prihatin dengan komuniti dan masalah yang berlaku di dalam komuniti mereka (walaupun bukan komuniti Muslim). Mereka disuruh supaya memerdekakan hamba, memberi makan anak yatim dan orang miskin, pada waktu susah. Nah! Inilah bukti dari “prophetic model” bahawa tiada diskriminasi dalam perkara kebaikan dan kasih sayang.

6) Dan dalil kedua dipetik dari Surah al-Insan (76:8-9) :

-Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan,

-(Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): "Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih,


7) Jadi, kita disuruh untuk menjadi aktif dalam penglibatan dalam komuniti walaupun komuniti kita merupakan komuniti bukan Muslim.

8) Konklusinya, beliau menambah bahawa kita kurang pengetahuan dan ilmu tentang "prophetic model" atau dalam kata lain, disebabkan kita tidak mahu mendekati ilmu agama menyebabkan kita jauh dari contoh-contoh yang terbaik dari Nabi kita Muhammad S.A.W. Juga para agamawan dan intelektual Muslim tidak seharusnya menumpukan perhatian kepada komuniti Muslim sahaja, akan tetapi semua manusia tidak sepatutnya terkecuali dari rahmat Islam kerana Islam rahmatan lila'lamin.

Saya teringat penerangan dari Imam Suhaibb Webb tentang maksud ar-Rahman yang berasal dari kata rahima yang bermaksud “compassion”. Kita sedia maklum bahawa salah satu nama Allah ialah ar-Rahman. Dan di dalam al-Quran juga terdapat banyak penggunaan kata rahima, rahman, rahmah, marhamah dan berbagai lagi. Jika kita teliti kata rahima tidak memerlukan objek. Ia merupakan kata kerja "intransitive” yakni tidak memerlukan objek. Maka compassion tidak memerlukan objek yang spesifik kerana semua boleh menjadi objek.

Oleh itu, tidak hairanlah bahawa ulama' mentafsirkan Bismillah ar-Rahman ar-Rahim, di mana ar-Rahman merupakan rahmat Allah kepada seluruh manusia manakala ar-Rahim merupakan rahmat kepada Muslim sahaja di akhirat nanti.


5) Apa dalil yang menyuruh kita supaya melibatkan diri dalam komuniti walaupun tidak ada kena mengena dengan Islam ? Antara dalilnya ialah sepertimana yang termaktub di dalam al-Quran dalam surah al-Balad (90:12-15) :

-Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu?


Moga bermanfaat buat rakan-rakan sekalian.

No comments:

Post a Comment