Sebagai seorang muslim biasa, ramai antara kita tahu Saidina Uthman bin Affan ialah khalifah Ar-Rasyidin yang ketiga. Beliau menjadi khalifah menggantikan Umar RA setelah Umar RA dibunuh dan Saidina Uthman pada zamannya Islam telah pun berkembang pesat dan umat Islam telah pun hidup dalam sedikit keselesaan dan kemewahan.
Namun, Uthman RA dalam hayat hidupnya daripada perspektif yang lain, Uthman bukan sahaja menjawat jawatan Amirul Mukminin, dia juga dijadikan 'role model' sebagai suami yang sempurna. Gelaran Dzuun Nur Ain bermaksud mempunyai dua cahaya. Gelaran ini diberi kerana Saidina Usman bin Affan megahwini dua cahaya mata Rasulullah SAW.
Namun, setelah berkahwin dengan Ruqayyah dalam beberapa tempoh, Ruqayyah wafat. Kemudian, Rasulullah menikahkan Ummu Kalthum dengan Saidina Uthman, dan perkara yag sama berulang. Ummi Kalthum juga wafat meninggalkan Saidina Uthman RA.
Rasulullah kemudiannya bersabda:
“Kalau ada lagi anak perempuanku, nescaya aku akan kahwinkan Uthman dengannya.” [Hadith shahih]
Kepercayaan yang diberikan oleh Nabi Muhammad SAW menjadikan Saidina Uthman bin Affan RA ialah suami yang paling ideal. Beliau merupakan seorang calon suami yang terbaik sekali. Tiada lelaki yang dapat menandingi kepimpinan Uthman RA sebagai seorang suami. Orangnya wara’, alim, penyayang, lunak, pemurah, dan pemalu.
Selain itu, Uthman RA juga seorang yang sangat dekat dengan Al-Quran. Banyak masa terluang Uthman RA dihabiskan dengan membaca Al-Quran. Ada riwayat juga menyebutkan bahawa Saidina Uthman membaca Al-Quran selepas Isya’ dan berhenti membaca apabila terbitnya fajar Subuh. Bahkan ketika orang-orang yang keliru datang untuk membunuh Saidina Uthman RA semasa di akhir zaman pemerintahannya, ketika itu Saidina Uthman RA sedang membaca Al-Quran di dalam rumahnya.
Sama ada sedia atau tidak sedia, atas rezeki Allah, seorang lelaki sudah tentunya akan melalui satu perjalanan sebagai ketua keluarga. Menjadi suami bukanlah tugas yang ringan, bahkan menjadi tanggungjawab antara dosa dan pahala. Seorang yang dekat dengan Al-Quran dan mempunyai sifat penyayang serta pemurah menjadikan Saidina Uthman RA seorang 'role model' suami yang ideal, juga menjadikannya calon tetamu syurga.
**Artikel ini ialah nota penulis di ISNA conference dalam sesi Imam Abdul Nasir Jangda.
IkhwanJamal
kbrkatn.wordpress.com
syukran for the post!
ReplyDelete