Labels

Kata Ibarat Pedang

Baru sahaja berlalu ISNA Convention pada 2-5 Julai yang lepas. Memang tak cukup masa untuk mendengar talk daripada semua speaker. Antara speaker yang saya kagumi dan minati ialah Yasir Qadhi, Tariq Ramadan, Suhaib Webb, Nouman Ali Khan, Hamza Yusuf dan lain-lain lagi.

ISNA Convention bagi saya merupakan pertemuan semula para intelektual dan agamawan untuk membincangkan hala tuju dakwah pada tahun berikutnya serta menyedarkan para peserta tentang kepentingan untuk mengubah kondisi komuniti dengan Islam dan Iman.

MASALAH BIASA
Mana-mana komuniti tidak kira kecil atau besar pasti rosak jika terdapat banyak masalah dalaman. Antara masalah dalaman itu ialah fitnah dan buruk sangka. Kita tidak sedar apabila menabur fitnah dan mengumpat rakan-rakan kita kerana kita sering berada dalam iman yang lemah.


Orang yang mempunyai iman kepada Allah yang tinggi pasti menyedari bahawa apa yang diperkatakannya salah atau apa yang didengarinya salah. Mudah bagi kita mencaci kelemahan dan kesilapan orang lain dan selalunya, untuk menjadikan sesuatu cerita itu tidak nampak seperti mengumpat, kita menjadikan cerita itu sebagai lawak dan senda gurau supaya orang yang mendengar itu ketawa lantas tidak terasa telah melakukan dosa.
Dengarlah rakan-rakan bahawa Allah telah melarang kita daripada bersikap buruk sangka, mengumpul cerita-cerita panas untuk diceritakan kepada orang, apatah lagi mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. Firman Allah [49:12] :

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani."

Tidak cukupkah larangan Allah itu untuk memberhentikan kita daripada melakukan dosa yang mudah ini ? Tidak tersentapkah anda apabila Allah menggambarkan orang yang mengumpat itu sebagai memakan daging saudaranya yang telah mati ?


Pernah pada suatu hari Rasulullah mendengar segolongan Muslim sedang mengumpat saudara mereka. Baginda pada mulanya membiarkan mereka dengan perbuatan mereka itu. Lalu dalam perjalanan, mereka terjumpa satu bangkai lalu Rasulullah menyuruh mereka memakan bangkai tersebut. Dengan tidak mengetahui apa-apa, para sahabatnya tadi terkejut kerana ianya suatu yang mustahil untuk memakan daging bangkai tersebut. Lalu Rasulullah menjelaskan bahawa perbuatan mereka tadi sama seperti memakan daging bangkai tersebut malah lebih teruk lagi.

Jika kita teliti dari dalil al-Quran tadi dan sunnah Rasulullah tersebut, kita dapati bahawa kedua-duanya menggambarkan perbuatan mengumpat seperti memakan daging saudaranya yang telah mati. Kenapa ye ?

  • Memakan daging saudaranya yang telah mati. Mati di sini bermaksud orang yang kita umpatkan itu seperti orang mati kerana dia tidak dapat defend dirinya daripada segala tohmahan yang dilemparkan kepadanya. Dia tidak berada di tempat kejadian untuk mempertahankan maruah dan air mukanya.

  • Mungkin perbuatan memakan daging saudara kita yang telah mati LEBIH BAIK daripada kita mengumpat saudara kita kerana apabila kita menceritakan keaiban saudara kita kepada orang lain, imejnya sudah tercalar, kredibilitinya dipersoalkan, buruk sangka berleluasa, dan hubungan ukhwah mampu terputus.

Realitinya, saya sendiri menyedari bahawa apabila kita terdengar sesuatu keaiban yang dibawa oleh orang lain tentang saudara kita yang entah betul entah tidak, kita mula berasa suspicious tentang orang itu, kita berasa tidak senang bergaul dengannya, dan kita akan teringat keaiban yang dilakukannya apabila bertemu dan berjumpa.

Jika ini mampu terjadi pada satu orang apatah lagi jika kita sebarkan keaiban rakan kita kepada 10 orang ? 20 orang ? atau satu Vandy kita hebahkan ? Kirakan sendiri saham dosa yang anda lakukan.

Mungkin setakat itu sahaja buat kali ini. Main point kali ini ialah, bercakap ketika perlu, diam jika anda tahu rasa malu dan dimalukan.

P.S - Termasuk juga dalam kategori ini perbuatan menggelarkan orang lain dengan gelaran yang tidak sepatutnya apatah lagi jika tidak disukai oleh orang tersebut.

1 comment:

  1. Alhamdulillah..Thanks for the reminder..May Allah firms our heart.. and perhaps u can share ur experience when u were in ISNA..

    ReplyDelete