Ya, STU ialah Sure The Unsure. Jadi kalau anda tak sure apa ke bende program nie, kena la datang hari Sabtu nie (6 Mac 2010) di The Commons dan anda sure dapat pengalaman yang surely best.
Program ini hanyalah sehari tambah-tambah pula waktu Spring Break tambah pula lagi hari Sabtu. Jadi kalau tak dapat datang tu wallahua'lam la.
Tajuk STU kali ini ialah "The Fiqh of Minorities". Pelbagai informasi penting seperti cara solat ketika travel, makanan zabiha dan non-zabiha, cara wuduk sapu stoking atau kasut (khuf dan jaurab) dan pelbagai lagi hukum fiqh yang kita belum tahu atau tak sure dan memang bukan kebiasaan kita di Malaysia.
Jadi bab-bab fiqh ni kita bukan boleh memandai-mandai. Bersyukurlah kepada Allah kerana walaupun kita di US, kita masih lagi boleh mengikuti program-program seperti ini.
Ambillah peluang keemasan ini untuk meningkatkan ilmu supaya kita dapat beribadah dengan lebih sempurna kerana tidak sempurna ibadah tanpa ilmu.
Dengan ilmulah kita dapat menghlangkan segala keraguan (doubt) kerana keraguan merupakan perkara yang paling bahaya kerana dengan keraguan, kita akan menemui pelbagai lagi keraguan dan ketidakpastian jika kita tidak mengubatinya dengan menuntut ilmu atau bertanya kepada orang yang lebih mengetahui.
Tentatif ringkas STU boleh dilihat dalam email masing-masing atau Facebook group.
Sebenarnya program ini masih memerlukan dana yang banyak kerana makanan akan disediakan (free food) dan juga insentif kepada para speaker. Jadi, ringan-ringankanlah tangan anda untuk menekan butang DONATION di laman web http://www.msavonline.net/ supaya program ini berjaya dilaksanakan dan kita semua dapat manfaat daripadanya.
Jangan lupa hari Sabtu ni bermula pukul 10 pagi. Jangan lupa jugak untuk berinfaq!
AJK STU 2010
No comments:
Post a Comment