Labels

The Battle

Peperangan antara al-Haq (kebenaran/Islam) dan batil sentiasa berlaku dari dulu sampai sekarang.


Sunatullahnya memang sedemikian rupa, di mana ada satu golongan yang bekerja keras untuk menyampaikan kalimah La ilaha ilallah dan menentang golongan taghut/ batil (kemungkaran) yang sentiasa membawa kesesatan pada manusia yang berselindung di sebalik pelbagai topeng.


Peperangan ini sangat jelas pada zaman dahulu di mana orang Islam berperang dengan orang kafir, secara fizikal, ianya jelas dan nampak seperti dalam Perang Badar, Perang Tabuk sehingga ke Perang Salib di mana orang muslim melawan The Crusades.


Tapi, pada zaman sekarang, taghut telah bertopengkan pelbagai wajah sehingga kita (golongan yang memanggil diri sebagai daie) tidak menyedarinya.


Taghut/Batil zaman kini salah satunya adalah hedonisme (pemujaan melampau terhadap manusia/individu, kumpulan tertentu yang tidak mendekatkan diri pada Sang Pencipta, etc), pemikiran sekularisme, kartun-kartun di TV yang menanam benih-benih di minda, iklan-iklan juga pidato-pidato berunsurkan politik dan macam-macam lagi.


Inilah yang dikatakan Serangan Pemikiran ataupun Ghuzwatul Fikr.


Orang-orang bukan Islam sedia maklum yang orang-orang Islam sukar untuk dikalahkan dengan kekuatan tentera, oleh itu mereka menyerang pemikiran orang-orang Islam sedikit demi sedikit tanpa disedari. Orang-orang Islam yang dahulunya memegang dua pertiga dunia, kalah dengan mudahnya apabila diserang bertubi-tubi setelah kejatuhan Tamadun Abbasiyyah. Walaupun Islam naik semula pada Zaman Tamadun Uthmaniyyah, ia jatuh kembali dan menjunam jatuh setelah penghapusan khalifah oleh Mustafa Kamal at-Tartuk.





Ya, sudah tentu ramai yang sedia maklum dengan sejarah turun naiknya Islam. Sejarah selalu disingkap dan selalu diulang berkali-kali untuk mengingatkan kita akan kesilapan orang-orang Islam dahulu.


Jadi, apa point karangan ini ?


Sedarlah rakan-rakan bahawa :


Peperangan antara al-Haq dan al-Batil akan sentiasa berlaku, namun di sebelah mana kita berada ketika itu.


Dan kita, sebagai insan, yang memang diciptakan mudah terlupa akan sentiasa melupai hakikat ini. Dan secara automatic akan berada dalam "comfort-zone".


Sibuk dengan studies, sibuk dengan kerja "part-time", sibuk dengan kerja-kerja organisasi, sibuk dengan "hiburan sementara" akan menyebabkan kita terlupa dengan big picture mengapa kita bekerja atas jalan ini dan tanggungjawab kita untuk menunaikan haq syahadah yang disebut-sebut setiap hari.


Zaman telah berubah. Evolusi dan teknologi berkembang dengan giatnya. Begitu juga taghut yang berkembang selaju bullet train di Jepun dan France.


Kerja-kerja sentakan terhadap realiti seharusnya berlaku segiat perkembangan teknologi, tapi hakikatnya kita terlarut dengan perkembangan teknologi itu sendiri.


Mengapa jadi begini?


Jawapannya terletak pada anda.


Ketuklah pintu hati dan tanyalah pada diri..


Di mana hilangnya semangatmu yang membara suatu ketika dulu?


Di mana hilangnya tindakan-tindakan yang pernah dituturkan suatu ketika dulu?


Di mana rijal-rijal yang sedia mengorbankan diri, tenaga dan harta untuk islam seperti zaman dahulu?


Di mana orang-orang yang menyahut dan menerima tanggungjawab ini?


Hanya menasihati,

Anonymo-US

(Mac 27)


3 comments:

  1. Bagaimana utk kita membangunkan semula khilafah yg telah jatuh?

    ReplyDelete
  2. soalan yang baik..boleh tak kami ulas (bukan beri jawapan) dlm artikel yg akn dtg..insyaAllah jika berkesempatan

    ReplyDelete