Labels

Event yang Lebih baik ?

Event beramai-ramai memang menyeronokkan. Cuti Spring Break yang lalu telah memberi ruang untuk kita bernafas dan melakukan aktiviti bersama. Tidak cukup melayan Counter Strike di bilik, kita mengerjakannya secara berjemaah di Memorial dan Morgan. Tak cukup dengan itu, kita sambung lagi dengan picnic dan barbeque. Wah, inilah baru nama cuti !


Selepas bercuti, kita ada satu lagi event. Kita memilih para pimpinan baru yang akan menerajui MSAV. Kita pun mulalah cadang pelbagai aktiviti dan event yang 'mesti' dilakukan oleh para pimpinan ini. Dari Malaysian Night hinggalah kepada Midwest, satu manifesto pun kita tidak pernah lupakan. Kemudian apa lagi, kita bantai apa yang disajikan.


Best sungguh bila melakukan sesuatu secara bersama. Seronok bila menyaksikan ramai yang terlibat. Ceria bila melihat ramai yang hadir.


Namun di sebalik semua itu, bagaimana pula keterlibatan kita, kehadiran kita, keluangan masa kita dalam aktiviti bersama juga, bahkan lebih baik yakni aktiviti mengenali Allah, mengenali ajaran Muhammad dan membetulkan arah kehidupan kita. Saya tidak mengatakan salah aktiviti lain seperti main game, jamming, picnic dan sebagainya tetapi apa salahnya kalau kita buat kedua-duanya?


Teringat apabila bersembang dengan rakan-rakan sebelum kelas MSE bermula.



"Rugi jugak aku tak pergi konsert Muse semalam..hehe tapi nak buat macam mana tiket mahal sangat!" kata seorang rakan.


"Alah, engkau kalau fikir rugi memang sampai bila pun engkau tak pergi. Tutup mata jer pastu beli.."sebut seorang lagi.


"Ntah ko ni..mahal pun tapi berbaloi..Bukan Muse tu nak datang hari-hari kat Nashville ni..apela ko nie.." seorang lagi memberi hujahnya.


Sebenarnya, saya teringin untuk mengubah dialog tersebut yang mana temanya bukan pergi konsert Muse tapi program berbentuk Islami. Contoh terdekat ialah program Halaqah di Vanderbilt. Saya cuba ubah balik dialog tadi yer.


"Rugi giler-giler ar semalam aku tak pergi Halaqah kat Calhoun..dah la free jer tak kena bayar!" kata seorang rakan.


"Tu la engko, engkau kalau fikir rugi (masa untuk study) memang sampai bila pun engkau tak pergi. Main facebook tak rugi masa pulak?" sebut seorang lagi.


"Ntah ko ni..kalau kena bayar sekalipun..adakah tidak berbaloi?..Bukan ustaz tu dapat datang hari-hari kat Vandy ni, tu pun nasib ustaz yang cari kita..nak tunggu kita cari ustaz memang tunggu kucing pergi sekolah la..apa la ko nie.." seorang lagi memberi hujahnya.


"Haa..biar aku konklusikan..Ah lu pikir la sendiri..Assemekom.." ni Nabil Raja Lawak pula menyibuk.


Cuba kita renung- renungkan bersama.


Kenapa kita tidak merasa rugi apabila terlepas program-program yang ilmiah (yang jarang-jarang dibuat) dan banyak inputnya, namun kita merasa rugi apabila terlepas program yang tiada membina akal dan pengetahuan kita (yang bila-bila masa pun boleh buat) ?


Kenapa kita rasa menyesal apabila tidak dapat bersua dengan penyanyi yang kita sukai, sedangkan kita tak rasa menyesal apabila tidak dapat mengenali Allah dan mendalami sirah rasulNya dengan lebih dekat melalui tazkirah dan ceramah?


Kenapa kita rasa menyesal tak pergi konsert yang hanya memberi kegembiraan sementara, berbanding mendapat input berguna yang mampu kita aplikasikan kepada diri seterusnya menunjuk ajar rakan-rakan serta ahli keluarga kita?


Kenapa mudah beri alasan tidak cukup duit untuk bayaran apa-apa program, tetapi untuk konsert yang disebutkan, kita mampu berusaha mengumpul duit, meminjam duit rakan, menumpang kereta orang dan sebagainya lagi?


Yang mana lebih berbaloi, bermanfaat dan memberi kepuasan: membelanjakan sesuatu yang bersifat keseronokan sementara, atau membelanjakan sesuatu untuk keseronokan dan kegunaan yang lebih lama?


Ingat, kita bukan selama-lamanya membujang! Jika kita tidak mempelajari Islam dari sekarang, maka saksikanlah generasi-generasi yang akan kita lahirkan, yang akan lebih tidak faham tentang agama yang suci ini kerana kejahilan, kemalasan dan kebongkakkan kita di masa kini.


Asyik ber"event". Tahukah anda apakah event yang lebih baik?


Nak tahu? Mana boleh. Kena la rahsiakan. Kalau tak nanti semua orang nak tahu. Nanti kalau cerita, pasti tiada yang ingin membuang masa lagi dengan perkara-perkara kurang berfaedah yang lain. Berhabuk la X-Box nanti.


Event ini tidak lama pun. Boleh jadi 10 minit, boleh jadi 15 minit, dan paling lama pun satu jam.


Event ini tidak perlu bayar. Malah, orang yang datang diberi bayaran. Dan bayaran tidak diberikan berdasarkan participation mereka bahkan semata-mata berdasarkan kehadiran mereka. Jadi, datang untuk tidur ke, datang saja-saja ke, datang sebab nak jumpa kawan ke, semuanya tidak terlepas daripada mendapat bayaran disebabkan oleh kehadiran mereka.


Event ini walaupun kecil-kecilan tapi dapat sijil. Betul tak tipu. Setiap yang hadir, nama mereka akan dicatat, diagungkan dan disimpan sebagai rekod yang penting. Siap frame lagi.


Sudah dapat teka atau belum? Disebabkan rasa sayang saya pada anda, amat berharap anda ingin turut serta dalam event ini, jadi saya umumkan event tersebut di bawah.


Dengarlah pengumuman dari Rasulullah ini (hadis qudsi):


عَنْ النَّبِيِّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏قَالَ ‏ ‏إِنَّ لِلَّهِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى مَلَائِكَةً ‏ ‏سَيَّارَةً ‏ ‏فُضُلًا ‏ ‏يَتَتَبَّعُونَ ‏ ‏مَجَالِسَ الذِّكْرِ فَإِذَا وَجَدُوا مَجْلِسًا فِيهِ ذِكْرٌ قَعَدُوا مَعَهُمْ وَحَفَّ بَعْضُهُمْ بَعْضًا بِأَجْنِحَتِهِمْ حَتَّى يَمْلَئُوا مَا بَيْنَهُمْ وَبَيْنَ السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَإِذَا تَفَرَّقُوا عَرَجُوا وَصَعِدُوا إِلَى السَّمَاءِ قَالَ فَيَسْأَلُهُمْ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ وَهُوَ أَعْلَمُ بِهِمْ مِنْ أَيْنَ جِئْتُمْ فَيَقُولُونَ جِئْنَا مِنْ عِنْدِ عِبَادٍ لَكَ فِي الْأَرْضِ يُسَبِّحُونَكَ وَيُكَبِّرُونَكَ وَيُهَلِّلُونَكَ وَيَحْمَدُونَكَ وَيَسْأَلُونَكَ قَالَ وَمَاذَا يَسْأَلُونِي قَالُوا يَسْأَلُونَكَ جَنَّتَكَ قَالَ وَهَلْ رَأَوْا جَنَّتِي قَالُوا لَا أَيْ رَبِّ قَالَ فَكَيْفَ لَوْ رَأَوْا جَنَّتِي قَالُوا ‏ ‏وَيَسْتَجِيرُونَكَ ‏ ‏قَالَ وَمِمَّ ‏ ‏يَسْتَجِيرُونَنِي ‏ ‏قَالُوا مِنْ نَارِكَ يَا رَبِّ قَالَ وَهَلْ رَأَوْا نَارِي قَالُوا لَا قَالَ فَكَيْفَ لَوْ رَأَوْا نَارِي قَالُوا وَيَسْتَغْفِرُونَكَ قَالَ فَيَقُولُ قَدْ غَفَرْتُ لَهُمْ فَأَعْطَيْتُهُمْ مَا سَأَلُوا ‏ ‏وَأَجَرْتُهُمْ ‏ ‏مِمَّا ‏ ‏اسْتَجَارُوا ‏ ‏قَالَ فَيَقُولُونَ رَبِّ فِيهِمْ فُلَانٌ عَبْدٌ خَطَّاءٌ إِنَّمَا مَرَّ فَجَلَسَ مَعَهُمْ قَالَ فَيَقُولُ وَلَهُ غَفَرْتُ هُمْ الْقَوْمُ لَا يَشْقَى بِهِمْ جَلِيسُهُمْ

Sesungguhnya Allah s.w.t Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi memiliki para Malaikat yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t. Para Malaikat selalu mengelilingi bumi. Para Malaikat sentiasa memerhati majlis-majlis zikir (majlis ilmu). Apabila mereka dapati ada satu majlis yang dipenuhi dengan zikir, mereka turut mengikuti majlis tersebut di mana mereka akan melingkunginya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah memenuhi ruangan antara orang yang menghadiri majlis zikir tersebut dan langit. Apabila orang ramai yang hadir dalam majlis tersebut beredar, para malaikat naik ke langit.


Allah s.w.t bertanya para malaikat meskipun Allah mengetahui pergerakan mereka : "Dari mana kamu datang?"

Malaikat menjawab : "Kami datang dari tempat hamba-hambaMu di dunia. Mereka bertasbih, bertakbir, bertahlil, bertahmid serta berdoa memohon dari-Mu."

Allah s.w.t berfirman : "Apakah yang mereka mohonkan.?"

Para Malaikat menjawab : "Mereka memohon Syurga dari-Mu."

Allah berfirman : "Apakah mereka pernah melihat Syurga-Ku?"

Para Malaikat menjawab : "Belum, wahai Tuhan."

Allah berfirman : "Bagaimanakah seandainya jika mereka dapat melihat Syurga-Ku?"

Malaikat berkata lagi : "Mereka juga memohon daripada-Mu perlindungan."

Allah berfirman : "Mereka mohon perlindungan-Ku dari apa?"

Malaikat menjawab : "Dari Neraka-Mu, wahai Tuhan."

Allah berfirman : "Apakah mereka pernah melihat Neraka-Ku?"

Malaikat menjawab : "Belum."
Allah berfirman : "Bagaimanakah seandainya jika mereka dapat melihat Neraka-Ku."

Malaikat terus berkata : "Mereka juga memohon keampunan-Mu."

Allah berfirman : "Aku sudah mengampuni mereka. Aku telah kurniakan kepada mereka apa yang mereka mohon dan Aku telah berikan ganjaran pahala kepada mereka sebagaimana yang mereka mohonkan."

Malaikat berkata lagi : "Wahai tuhan kami, di antara mereka terdapat seorang hamba-Mu. Dia penuh dengan dosa, sebenarnya dia tidak berniat untuk menghadiri majlis tersebut, tetapi setelah dia melaluinya dia terasa ingin menyertainya lalu duduk bersama-sama orang ramai yang berada di majlis itu."

Allah berfirman : "Aku juga telah mengampuninya. Mereka adalah kaum yang tidak akan dicelakakan dengan majlis yang mereka adakan." (Hadis riwayat Muslim) ‏ ‏


Satu pengajaran


Jadi dalam hadis qudsi tersebut, kita dapat lihat bagaimana janji Allah untuk orang-orang yang menghidupkan majlis zikir (yakni majlis ilmu). Allah puji orang-orang ini kerana mereka ini tidak pernah melihat Allah tetapi saling mengingatkan antara satu sama lain supaya takutkan Allah, mengingati Allah dalam setiap keadaan dan mengutamakan Allah melebihi segala urusan.


Allah puji lagi orang-orang begini kerana mereka tak pernah pun melihat syurga dan neraka. Tapi bagaimana mereka mampu berkumpul, memberi pengisian, mengingatkan antara satu sama lain supaya memperbanyakkan amalan supaya memperolehi syurga dan meninggalkan perkara-perkara yang buruk yang membawa kepada neraka.


Lalu Allah mengiktiraf perbuatan mereka, event mereka, aktiviti mereka, memberi anugerah keampunan kepada mereka dan menerima segala permohonan mereka. Hatta jika ada yang terlibat secara tidak langsung pun dengan event ini, Allah turut mengiktiraf mereka sebanding dengan orang yang terlibat secara langsung.




MasyaAllah, betapa mudah untuk mendekati Allah. Mengapa kita tidak merebutnya?


Cuba kita fikir kembali, mana ada dalam dunia ini ada orang nak anjurkan event macam ini. Siapa yang datang boleh dapat duit. Yang tidur tak participate pun dapat duit. Yang saja-saja datang nak duit pun dapat duit. Malah yang datang saja-saja singgah lenggang kangkong pun dapat duit! Pastilah bankrupt orang yang nak buat event ini.


Jom kita rebut peluang yang ada untuk mendekati Allah dengan menghadiri pengisian, tazkirah, halaqah, usrah dan sebagainya lagi!


Tidakkah kita menyedari bahawa hatta selepas datang ke US pun, masih ada orang yang nak peringatkan kita, menasihati kita, melaksanakan program untuk kita dan bersusah payah berfikir untuk kita.


Bukankah itu tanda Allah mahukan kita jadi baik, jadi soleh, dan ingin membawa kita kepada jalan yang benar.


Bukankah nabi telah berpesan kepada kita:


قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏مَنْ يُرِدْ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا ‏ ‏ يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ
Sesiapa yang Allah kehendaki dia kepada kebaikan, Allah fahamkan dia tentang agama. (Hadis riwayat al-Darimi)


MasyaAllah, bukan sedikit pengisian yang ada di Vanderbilt ini! Yang sedikit ialah orang yang menghadirinya!


Konklusi


Ada orang mengajak supaya tangguhkan akhirat, kejar keduniaan.


Ada orang pula mengajak supaya tinggalkan dunia, ambillah akhirat.


Nabi kita mengajak supaya mengambil kedua-duanya.


Justeru, saya juga ingin mengajak kita supaya seimbangkan antara kemahuan kita terhadap dunia dan tanggungjawab kita terhadap akhirat.


Rujukan ;


1. Sahih Bukhari

2. Sunan ad-Darimi


Yang Menulis,

Tinta Muhandis

3 comments:

  1. A very good one =)

    ReplyDelete
  2. wahhhh best lah artikel ni..sapelah tinta muhandis ni..hehe

    good job masyaAllah! =) keep it up!!

    ReplyDelete
  3. rakan2 mari peri program
    Change begin with choice minggu depan!
    daftar segera

    ReplyDelete