"Barangkali anda juga hairan ketika mengetahui bahawa sumber kewangan lkhwanul Muslimin bersifat suka rela, bukan paksaan, sehingga barangsiapa (di kalangan ahli) yang tidak mampu memberikannya kepada jamaah, dia tidak akan dikurangi sedikit pun hak-hak ukhuwahnya. Meskipun hal ini jelas-jelas termaktub dalam teks Anggaran Dasar jamaah, namun para anggota Ikhwan senantiasa berlumba-lumba untuk berkorban di jalan Allah jika diseru untuk itu.
Dengarlah sebuah kisah di tengah pembangunan masjid di wilayah Islamiyah. Ketika salah seorang ketua kelompok jamaah memberikan pesanannya kepada anggota untuk berinfaq, berdirilah salah seorang dari mereka yang kerja sehariannya hanyalah pekerja kilang. Dia berjanji akan menyumbang 1.5 junaih (mata wang Mesir) tiga hari kemudian. Akan tetapi, dia banyalah pekerja kilang yang miskin, dari mana dia mampu mendapatkan wang sebanyak itu?
Sebenarnya dia ingin meminjam dahulu, namun khuatir pembayarannya tertunda. Dia ingin mendapatkan wang dengan segera tetapi tidak dengan cara yang sedemikian. Dia berfikir dan berfikir, namun dia tidak berhasil mendapatkan sebarang idea untuk dia mendapatkan wang (untuk bersedeqah). Yang mampu dilakukan olehnya hanyalah menjual satu-satunya basikal yang biasa dipakai olehnya untuk berangkat ke tempat kerja yang berjarak sekitar 6 kilometer. Benarlah, akhirnya dilaksakan apa yang difikirkan olehnya itu.
Tepat pada hari yang dijanjikan, dia menyerahkan wang yang diperolehinya. Dengan demikian, dia telah menghimpun dua kebajikan : menepati janji dan bersedekah. Di kemudian hari sang ketua melihat bahawa saudara tersebut yang kerjanya sebagai buruh kilang tadi sering terlambat datang di Majlis Ta'lim Isya'. Sang ketua tidak mengetahui alasannya dan jika bertanya pun tidak dijawabnya.
Akhirnya dia diberi tahu oleh salah seorang kawan rapatnya yang mengetahui keadaan saudara tadi. Dia memberitahu sang ketua bahawa saudara tadi menjual basikalnya untuk melunaskan janji infaq pembangunan masjid. Oleh sebab itu, setiap pagi dia hanya berjalan kaki dan terlambat mengikuti pengajian.
Mendengarkan ini, terkejutlah sang ketua dan para ikhwan yang lain. Mereka kemudian membuat keputusan untuk menggantikan sumbangan infaqnya dengan menggantikan basikal lamanya dengan basikal yang baru agar dia senantiasa mengenang balasan kesetiaannya pada janji." (Majmu' ar-Rasail)
Jadi para sahabat sekalian, adakah kita masih lagi mencintai harta yang kita miliki melebihi cinta kita kepada Allah dan Rasulullah?
Bukankah kita di Vandy ini tidak pernah sekali pun lapar kerana tidak cukup duit?
Bukankah kita masih mampu membeli makanan di luar kerana tidak kenyang-kenyang dengan apa yang ada?
Bukankah kita masih mampu membeli itu dan ini di Ebay dan Amazon tanpa perlu memikirkan perlu berlaparan?
Tidakkah kita meyakini banyaknya firman Allah dan sabda nabi tentang kepentingan sedeqah atau infaq yang tak perlu saya sisipkan di sini?
Konklusi
Sedeqah dan infaq merupakan salah satu kekuatan Islam dalam ekonomi yang kita tidak sedar.
Islam mempunyai kekuatan ekonomi yang cukup baik dengan pertamanya kewangan jangka masa panjang (zakat) dan kewangan jangka masa pendek (sedeqah).
Di Vandy pula, program-program yang diadakan termasuklah STU pada esok hari memerlukan sumbangan ikhlas daripada para pelajar yang bergelar Muslim, yang mengimani janji-janji Allah S.W.T dan menginginkan syafaat baginda Rasulullah.
Saya akhiri dengan pesanan Allah tentang jual beli antara kita denganNya dalam Surah at-Taubah (9:111)
إِنَّ اللّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْداً عَلَيْهِ حَقّاً فِي التَّوْرَاةِ وَالإِنجِيلِ وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللّهِ فَاسْتَبْشِرُواْ بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُم بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur'an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.
Oleh: Mr. FBI
nice,,,
ReplyDelete