Pohon Yang Baik…

Dalam menjalani kehidupan sebagai hamba Allah, tidak dapat tidak, kita tidak boleh hanya memikirkan tentang diri kita.


Contohnya, kita hanya memikirkan tentang ibadah kita seharian, menuntut ilmu, puasa dan sebagainya lagi namun dari satu segi, kita tidak menyampaikan ilmu dan nasihat kepada orang lain, dan kita tidak berfikir tentang orang lain.


Ini kurang tepat kerana Islam mementingkan collective success. Jika kita teliti kebanyakan perkara dalam Islam ini mementingkan collective success di samping individual success. Perkara ini akan dibincangkan lebih lanjut selepas ini dan tulisan kali ini hanya ingin menekankan konsep dakwah.


Pertamanya, kita jangan keliru dengan istilah-istilah. Dakwah bukan perkara yang terlalu besar. Cuma kita yang rasa taboo dengan perkataan-perkataan dan istilah yang akhirnya menyebabkan kita melupakan tugas kita untuk berdakwah.


Suatu yang pelik jika kita mengaku kita Islam tapi kita enggan berdakwah. Hal ini kerana seorang Muslim umpama seorang yang menjumpai harta karun. Namun, seorang Muslim merupakan seorang yang pelik kerana dia berusaha menyebarkan penemuan tersebut kepada orang lain kerana dia mahu semua orang mendapat harta karun tersebut. Ini sepatutnya kerja gila !


Perumpamaan saya ini mungkin kurang tepat tetapi itulah gambaran seorang Muslim pada hemat saya. Jika benar dia seorang Muslim, pasti hatinya tidak tenteram tanpa terlibat dalam kerja-kerja mengajak manusia mengenal pencipta mereka.


Dan Allah mempunyai perumpamaan yang lebih baik kepada orang-orang ini sepertimana yang difirmankan oleh Allah dalam Surah Ibrahim :



أَلَمْ تَرَ كَيْفَ ضَرَبَ اللّهُ مَثَلاً كَلِمَةً طَيِّبَةً كَشَجَرةٍ طَيِّبَةٍ أَصْلُهَا ثَابِتٌ وَفَرْعُهَا فِي السَّمَاء

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit [14:24]


Allah telah menerangkan bahawa orang-orang beriman yang mengajak kepada mengenali Allah ini (كَلِمَةً طَيِّبَةً ) yang ditafsirkan sebagai penyaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, mereka umpama pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya menjulang ke langit. Akarnya teguh (أَصْلُهَا ثَابِتٌ) bererti dakwah kita mengajak orang kepada Allah ini tidaklah sia-sia kerana ia (kalimah tauhid) akan teguh dan berakar di dalam hati manusia. Seterusnya, Allah mengiktiraf perbuatan orang-orang beriman ini dengan mengangkat kerja mereka ini ke Syurga (وَفَرْعُهَا فِى السَّمَآءِ).




Betapa cantik perumpamaan Allah tentang orang-orang beriman yang menjalankan kewajipan berdakwah ini. Cuma, adakah kita sekarang ini tergolong bersama mereka?


Marilah kita sama-sama cuba mengubah kekurangan diri kita, mendekati Allah yang lebih kekal, meningalkan perkara-perkara yang melalaikan dan cuba melibatkan diri dengan dakwah.


Bermula dengan perubahan diri sedikit demi sedikit, saling memperingati antara room mate, dan hubungkan silaturrahim dengan semua orang yang mengucapkan kalimah La ilah ha illa Allah tidak kira Melayu, Cina, American dan sesiapa sahaja.


Saya akhiri tulisan kali ini dengan firman Allah yang sepatutnya menjadi moto hidup kita, yang mana kita bukan sahaja perlu menjaga diri kita bahkan orang di sekeliling kita daripada kemurkaan Allah :


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَاراً

Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka [66:6]


Rujukan;

1. Tafsir Ibnu Kathir


Oleh: Nur al-Iman

(April 6)

2 comments:

  1. aku setuju gak yg last tu, kita dekat uni ni pun macam ada gap je dgn orang Islam yang lain..padahal solat dekat tempat yang sama..kalau peringkt student pun kita x ada ukhwah dgn orang Islam len, dalam konteks negra dan lebih besar lagi la hancur

    ReplyDelete
  2. makasi informasinya....

    ReplyDelete