Jabir berkata : "Rasulullah mengajarkan kami solat istikharah dalam memutuskan segala sesuatu sebagaimana beliau mengajarkan kami al-Quran. Beliau bersabda : "Apabila seseorang di antara kamu berencana melakukan sesuatu hendaklah melakukan solat dua rakaat bukan solat fardhu. Kemudian membaca doa ini :
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pilihan yang tepat kepadaMu dengan ilmuMu, aku memohon kekuatan kepadaMu dengan kemahakuasaanMu, aku memohon kurniaMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa sementara aku tidak kuasa. Engkau Maha Mengetahui, sedang aku tidak mengetahui, dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui perkara ghaib. Ya Allah, apabila Engkau mengetahui bahwa perkara ini (dan menyebutkan perkaranya) baik bagiku, bagi agamaku, bagi hidupku dan baik akibatnya terhadap diriku di dunia mahupun akhirat, maka tetapkanlah dan mudahkanlah bagiku. Dan berikanlah barakah untukku di dalamnya. Dan sesungguhnya jika Engkau tahu bahawa perkara ini buruk bagiku, bagi agamaku, bagi hidupku dan buruk akibatnya terhadap diriku di dunia mahupun di akhirat, maka jauhkanlah perkara ini dariku dan jauhkan diriku darinya. Tetapkanlah kebaikan untukku dimana saja aku berada, kemudian jadikanlah diriku ridha menerimanya”. (Hadis riwayat Bukhari)