"Ya Allah aku niat main bola ini untuk menyihatkan tubuhku supaya mudah aku beribadah kepadaMu" Gambar Hiasan |
Diriwayatkan dari Said bin Jubair, dari Ibnu Abbas "Ada satu kaum dari kaum Arab Badwi yang datang ke tempat wuquf, lalu mereka berdo'a : "Ya Allah, jadikanlah tahun ini tahun yang banyak hujan turun, tahun kesuburan dan tahun kelahiran anak yang baik." dan mereka sama sekali tidak menyebutkan urusan akhirat. Maka Allah menurunkan firmanNya :
فَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ
Maksudnya : Maka di antara manusia ada orang yang berdo'a: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat. [2:100]
Setelah mereka datanglah orang-orang yang beriman, mereka mengucapkan
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya: "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka" .
Lalu Allah menurunkan firmanNya : { أُولَـئِكَ لَهُمْ نَصِيبٌ مِّمَّا كَسَبُواْ وَاللّهُ سَرِيعُ الْحِسَابِ } yang maksudnya : Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan Allah sangat cepat perhitungan-Nya.
Pengajaran Ayat
Allah menegur orang yang hanya meminta balasan dan kebaikan di dunia sahaja tanpa meminta kebaikan di akhirat. Seolah-olah seseorang itu lupa bahawa dia bakal dikembalikan kepada Allah suatu hari nanti dan seolah-olah dia lupa bahawa segala kenikmatan dan kebaikan yang diterima merupakan pinjaman dari Allah, yang suatu masa kelak akan ditanya kembali apa yang kita lakukan dengan nikmat itu untuk mencari redha Allah.
Allah mahu supaya hambaNya tidak terpengaruh dengan asyiknya dunia, lalu melupakan akhirat, rumah kedua kita selepas ini. Allah sama sekali tidak melarang hambaNya mengejar kemewahan, keseronokan dunia dan isinya, tetapi jangan lupa menunaikan kewajipan terhadapNya.
Selalu kita baca doa ini selepas solat (ayat kedua di atas), tetapi kita tidak benar-benar menjiwai maksudnya. Doa-doa yang kita lafazkan hanya meniti di bibir tetapi tiada perasaan benar-benar meminta pada Allah. Kenapa ini berlaku ? Tepuk dada, enta fikirlah sendiri.
Doa ini popular di kalangan umat Islam di Malaysia kerana doa ini merupakan petanda imam akan menghabiskan bacaan doanya. Apa-apapun, doa ini merupakan doa daripada al-Quran dan nabi juga menganjurkan untuk membacanya.
Apa erti "kebaikan di dunia", "kebaikan di akhirat", "pelihara dari azab neraka"

Kebaikan di dunia mempunyai tafsiran yang infinite kerana segala kebaikan, keselesaan dan apa sahaja yang diingini manusia merupakan bahagian dari kebaikan di dunia.
Kebaikan di akhirat pula ialah kita meminta supaya yang terutamanya dimasukkan ke Syurga, dimudahkan hisab, diberi rasa aman dari ketakutan pada hari itu dan diberi syafaat oleh Rasulullah S.A.W.
Pelihara dari azab neraka bererti kita meminta Allah supaya memberi perlindungan di dunia lagi dari pelbagai faktor penyebab yang mampu menatijahkan kita menjadi ahli neraka. Kita memohon perlindungan Allah dari berbuat apa-apa larangan dan dosa serta terhindar dari perkara syubhat dan haram.
Konklusinya, jangan hanya meminta kepada Allah supaya soalan peperiksaan menjadi mudah, segala urusan pembelajaran dilancarkan serta dimudahkan memahami pelajaran sahaja, mintalah pada Allah supaya dengan dalam proses mencari ilmu ini, kita tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang olehNya.
No comments:
Post a Comment