Labels

Insan Sentiasa Berpaling Setelah Menerima Nikmat

Insan perlu meniti kehidupan dengan sisi keimanan, barulah dia berasa tenang dengan apa yang telah berlalu dan apa yang akan terbentang di hadapannya.

























Insan tidak pernah kosong dari keinginan dan impian, 
Namun dia lupa untuk membuat permohonan,
Insan sering malas dan bosan untuk meminta kepada Tuhan,
Malas untuk menadah tangan apatah lagi menyusun perkataan,
Malas untuk menangis menunujukkan pengharapan dan kelemahan,
Malas juga untuk ruku’ dan sujud tanda kehinaan,
Kerana insan merasa besar di hadapan Tuhan, [1]
Pertolongan Tuhan kecil berbanding kemampuan kudrat empat tulang, [2]
Kuasa Tuhan kecil berbanding kuasa Prof, guru dan rakan,
Apabila memohon internship atau pekerjaan,
Insan sanggup menjadi hamba asalkan dapat pekerjaan yang diminta,
Jika ingin jawatan ternama pula,
Insan sanggup menggadai agama, sanggup sujud di bawah kaki bomoh pemutar,
Jika ingin menjadi artis yang meletup dan hangat,
Tidak perlu suara sedap atau lakonan mantap,
Cukup  hanya dengan menggadaikan aurat.

Insan dukacita apabila ditimpa musibah,
Kadangkala tersasul Tuhan pula yang dipersalah,
Dia lupa itu ujian,
Dari Tuhan sebagai peringatan,
Ketika dia diberi, dia lupa pada siapa yang memberi.
Ketika nikmatnya ditarik, dia lupa siapa yang menarik.
Insan apabila ditimpa kesusahan,
Dia kecewa dan dia putus harapan,
Terhadap dunia mahupun terhadap Tuhan, [3]
Dia berdoa panjang lebar untuk mendapatkan sesuatu perkara, [4]
Panjang dalam bicara, tetapi kurang penghayatan dan makna, 
Jika Tuhan mencurahkan rahmatNya,
Lalu insan mendapat perkara dimahunya,
Pasti dia berpaling dari Tuhannya,
Seolah-olah dia tidak pernah meminta apa-apa [5]

[1] كَلاَّ إِنَّ الإِنسَـنَ لَيَطْغَى - أَن رَّءَاهُ اسْتَغْنَى 
Nay! Verily, man does transgress. Because he considers himself self-sufficient (96:6).


[2] وَلَئِنْ أَذَقْنَـهُ رَحْمَةً مِّنَّا مِن بَعْدِ ضَرَّآءَ مَسَّتْهُ لَيَقُولَنَّ هَـذَا لِى
And truly, if We give him a taste of mercy from Us, after some adversity has touched him, he is sure to say: "This is due to my (merit)...'' means, if something good happens to him or some provision comes to him after a period of difficulty, he says, `this is because of me, because I deserve this from my Lord (41:50).

[3] لاَّ يَسْـَمُ الانْسَـنُ مِن دُعَآءِ الْخَيْرِ وَإِن مَّسَّهُ الشَّرُّ فَيَئُوسٌ قَنُوطٌ
Man does not get tired of asking for good; but if an evil touches him, then he gives up all hope and is lost in despair (41:49).


[4]  وَإِذَآ أَنْعَمْنَا عَلَى الإنْسَـنِ أَعْرَضَ وَنَأَى بِجَانِبِهِ وَإِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ فَذُو دُعَآءٍ عَرِيضٍ
And when We show favor to man, he turns away and becomes arrogant, but when evil touches him, then he has recourse to long supplications (41:51).

[5] وَإِذَا مَسَّ الإِنسَـنَ الضُّرُّ دَعَانَا لِجَنبِهِ أَوْ قَاعِدًا أَوْ قَآئِمًا فَلَمَّا كَشَفْنَا عَنْهُ ضُرَّهُ مَرَّ كَأَن لَّمْ يَدْعُنَآ إِلَى ضُرٍّ مَّسَّهُ
And when harm touches man, he invokes Us, lying on his side, or sitting or standing. But when We have removed his harm from him, he passes on as if he had never invoked Us for a harm that touched him! (10:12)