Labels

Untung dan Rugi dalam Berniaga

Cuti Summer sudahpun bermula. Kehangatan mula dirasai bukan sahaja kehangatan terik mentari musim panas tetapi juga kehangatan tilam dan bantal yang empuk serta kehangatan permainan komputer yang mengasyikkan. Walau bagaimana cara sekalipun kita menghabiskan cuti kita pada kali ini, jangan sampai kita terlalai dalam menjalankan tugas sebagai hamba Allah.


Saya ingin mengajak anda semua untuk kita muhasabah diri kita, bagaimana tahap iman kita pada hari ini. Amalan bermuhasabah diri ini merupakan satu kemestian bagi seorang Muslim seperti mana yang dilihat melalui contoh ulama' salaf yakni Umar al-Khattab, sepertimana kata-katanya :


Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab, timbangilah (amalan kamu) sebelum kamu ditimbang dan bersedialah untuk hari pengadilan yang Maha Besar. (Umar al-Khattab)

Memulakan pagi hari dengan azam dan niat yang ikhlas, dan menutupi hari dengan muhasabah, itulah tanda orang beriman.


Perniagaan

Perbandingan muhasabah diri ini samalah seperti adat kebiasaan orang berniaga. Siang dan malam mengira untung dan rugi. Sepertimana seseorang yang menjalankan perniagaan mengenalpasti kelemahan yang menyebabkan kerugian, seperti itulah kita perlu koreksi diri kita supaya kita menyesali dosa yang telah dilakukan agar kita tidak rugi di akhirat kelak.


Dan juga sepertimana seorang businessman mengenalpasti kekuatan, potensi, dan peluang yang menyebabkan keuntungan, maka seperti itulah kita perlu koreksi diri kita sejauh mana kita merebut peluang untuk mendekatkan diri kita kepada Allah agar kita berada di kalangan orang-orang yang beruntung yakni golongan أَنعَمتَ عَلَيهِمْ (golongan yang mendapat nikmat jalan yang lurus).


Dua Element Dalam Diri

Sahabat-sahabat sekalian, sesungguhnya seorang manusia itu diberikan dua perkara. Dua perkara ini adakalanya bersahabat dan adakalanya saling bertetak parang, bergantung kepada bagaimana iman kita menguruskan mereka. Dinukilkan dalam kitab Allah yang suci :


فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا - قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا - وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا

Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya [91:8-10].


Dua perkara ini yakni akal dan nafsu, telah disebutkan oleh Allah bahawa kedua-dua mereka ini mampu kita bawa ke arah kebaikan mahupun keburukan dan kejahatan. Dan Allah mengiktiraf dan men"define"kan erti kejayaan itu ialah apabila kita mampu menguruskan akal dan nafsu berlandaskan syariat Allah قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا. Dan Allah menghukumkan kegagalan dan kerugian bagi mereka yang menurut kehendak akal dan nafsu dengan tidak berlandaskan Islam وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا.


Atheism dan Rationalism

Bercakap soal akal dan nafsu, ada segolongan daripada manusia menggunakan akal sepenuhnya dan mengikut hawa nafsu mereka sepuasnya, dan golongan yang saya ingin rujuk ialah golongan Atheist. Mereka menggunakan nikmat akal yang diciptakan oleh Allah yang begitu complex untuk menyembunyikan diri daripada fakta dan kebenaran. Mereka mengikuti hawa nafsu mereka dengan memekakkan telinga dan berbicara secara retorik tanpa hujah yang kukuh.

Richard Dawkins merupakan "pendakwah" Atheism yang terkenal dalam dunia orang-orang Atheist ini. Dia merupakan pakar dalam bidang Evolutionary Biologist. Dia sendiri digelar sebagai Militant Atheist kerana memperjuangkan slogan anti semua agama.


Kuasa Melebihi Kuasa Manusia

Namun apabila kita lihat firman Allah dalam Al-Quran, yang mana terdapat lebih kurang 6 ayat yang mempunyai bentuk seperti di bawah :


وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى يُؤْفَكُونَ

Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan?" Tentu mereka akan menjawab: "Allah", maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)? [29:61].


Jadi, di dalam ayat tersebut, Allah sebagai Engineer yang merekacipta kita, pastinya Dia tahu segala permasalahan manusia termasuk permasalahan manusia yang tidak mengaku kewujudan Tuhan seperti yang diterangkan dalam ayat ini.


Sebenarnya manusia ini, apabila dia sudah menemui jalan buntu yang mana tiada manusia mampu untuk membantunya, barulah dia mengucapkan Ya Allah, Oh Lord, Oh God dan sebagainya walaupun dahulunya dia seorang Atheist.


Contohnya jika satu orang menjalani latihan payung terjun, jika payung terjunnya tidak terbuka, maka pada saat itu dia mengetahui bahawa tiada satu manusia berkuasa menyelamatkannya, barulah dia mula meminta pertolongan kepada satu kuasa yang melebihi kuasa manusia yakni Allah S.W.T. Kita berlindung kepada Allah daripada iman yang sebegini rupa.

Apabila tiada kuasa manusia mampu membantu kita, barulah kita merayu pertolongan Yang Maha Kuasa. Betapa lemah iman kita.


Wallahua'lam


Yang Menulis,

Tinta Muhandis

No comments:

Post a Comment