Labels

Final Oh Final

Kehangatan hari peperiksaan semakin dirasai segenap pelajar menjelang musimnya. Orientasi belajar zaman millennium ini, yang menjurus ke arah peperiksaan memaksa setiap daripada kita menggandakan usaha bagi yang telah berusaha, dan memulakan usaha bagi yang belum pun menyentuh buku.

Cuba kita renungi...


Kita sering mengeluh dan bertanya...

kenapa itu??..kenapa ni?..
kenapa la aku dapat course nih??

Namun al-Quran sudahpun menjawabnya:

“Apakah manusia itu dibiarkan saja mengatakan , “Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji ? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta ." (Surah al- Ankabut, ayat 2-3)

Ish...nape la soalan ni susah sangat?????!!!

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.....”
(Surah al-Baqarah, ayat 286)

Argh...Camne nak jawab soalan nih?? Tiru bleyh?

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” (Surah al-Baqarah ayat 45)

Buntunya..tak taw nak jawab soklan ni camne...sape sudi nak tolong aku??

“..... Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya.Hanya kepadaNya aku bertawakkal.....” (Surah at-Taubah, ayat 129)

Aku tak tahan!!! Taknak belajar lagi!!

“..... dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf, ayat 87)

Bile la minggu exam ni nak abes??? Benci tul !

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Surah al-Insyirah, ayat 5-6)

Huwaa...kenapa aku tak dapat dean list?????! Kenapa? Kenapa??

“..... boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 216)

Sudah..
Jangan mengeluh...
Good luck semua untuk final.


MSAV Academic Chair 2010/2011

4 comments:

  1. Kadang kala kita terlupa, kejayaan dan kegagalan datang daripada Allah, bukan daripada banyak kita study.

    ReplyDelete
  2. best3 post nih..
    gud luck sume..

    ReplyDelete
  3. “..... boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 216)

    thanks, yg ni boleh apply pada semua aspek kehidupan

    ReplyDelete
  4. Naik semangat nak belajar. Thanks! :)

    ReplyDelete