Labels

Kelemahan Ditukar Kekuatan

Apakah kelemahan utama yang ada pada seorang lelaki?

Adakah sifat egonya, pemalasnya atau keras hatinya?


Apa pula kelemahan utama yang ada pada seorang wanita?

Adakah sifat kebudak-budakannya, lemah lembutnya atau kedegilannya?


Saya pastinya salah seorang daripada dua golongan tersebut dan bukan di pertengahannya.


Jika anda ingin tahu (minta maaf la pecah rahsia), kelemahan utama yang ada pada seorang lelaki ialah wanita itu sendiri, dan kelemahan utama yang ada pada seorang wanita ialah lelaki itu sendiri.


Anda tak percaya?


Hai..takkan nak kena masuk Ripley's Believe It Or Not baru nak percaya..


Hal ini telah disebutkan dalam sebuah buku yang menjadi rujukan para intelektual zaman dahulu dan sekarang yakni Kitabullah yang akan saya jelaskan sebentar lagi.


Allah, Dialah yang menciptakan lelaki dan perempuan, logically Dialah yang paling tahu tentang kelemahan dan kekuatan pada diri manusia itu. Bukanlah maksud perkataan saya ini menunjukkan Allah itu lemah kerana mustahil Tuhan bersifat dengan sifat sekurangan, tetapi kelemahan yang Allah letakkan pada lelaki dan perempuan merupakan ujianNya terhadap manusia.


Jadi Allah telah memberi pesanan kepada lelaki mahupun perempuan untuk mengenalpasti kelemahan mereka dalam firmanNya dalam Surah Ali Imran (3:14) :


زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاء وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللّهُ عِندَهُ حُسْنُ الْمَآبِ
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).


Daripada kalam Allah tersebut, kita dapat koreksi bahawa kelemahan seorang manusia baik lelaki mahupun perempuan, ialah perkara-perkara yang diingini oleh nafsu, antaranya ialah ;


  1. Perempuan
  2. Anak yang ramai
  3. Harta yang banyak dan bernilai supaya dapat bermegah (dari emas dan perak)
  4. Kuda peliharaan (kenderaan)
  5. Binatang-binatang ternakan
  6. Kebun-kebun tanaman


Cuba kita lihat kembali, kelemahan utama yang Allah letakkan ialah permasalahan gender!


Benar tak hipotesis saya tadi?


Jadi, sekarang anda sudah percaya atau belum?


Rakan-rakan sekalian, Allah telah memperingatkan kita supaya kita dapat identify kelemahan ini, supaya kita tidak tergolong dalam golongan yang jatuh dalam had batasan Allah.


Kita sedia maklum bahawa permasalahan antara lelaki dan perempuan ini, pengakhirannya merupakan sesuatu yang amat amat dilarang oleh agama, ditolak oleh akal yang sejahtera, serta dimusuhi oleh hati yang bersih yakni zina.


Logik akal pun sudah menolak perbuatan zina apatah lagi dalil-dalil Al-Quran mahupun Hadis yang tak perlu saya nyatakan di sini.


Di US sekalipun, kita mendengar slogan-slogan seperti "sex without conscious is a rape" dan pelbagai lagi slogan yang datang daripada rakyatnya yang bencikan zina.


Pornography pula hanya khusus untuk orang dewasa (adult content) kerana mereka pun tak suka anak-anak mereka dipengaruhi perkara-perkara kotor ini. Kenapa tak dibuat children content ke, youth content ke, kalau perkara zina merupakan suatu perkara yang dapat diterima oleh akal dan norma masyarakat ?



Hai..orang kafir pun membencinya, takkan orang Islam berlengah-lengah pula dalam soal ini?


Oleh yang demikian, Allah menetapkan beberapa peraturan dalam pergaulan antara kita sesama lelaki dan perempuan. Allah sama sekali tidak melarang pergaulan sesama kita namun disana pastinya ada batasan atau limitation.


Kalau kita ada rumah, mesti kita buat pagar kan?

Kalau kita ada kebun, pun kita letak jaring.

Kalau kita ada barang-barang, pasti kita asingkan daripada barang orang lain.

Kalau kita ada bilik, pasti ada dinding !

Jadi, batasan merupakan suatu yang baik atau sebaliknya?

Fikir-fikirkanlah sahabat-sahabatku yang bijak sekalian!


Saya suka untuk kita hayati dua kalam Allah di bawah. Cuba kita perhatikan di mana perbezaan dan persamaan kedua ayat tersebut. Anda akan dapati suatu penemuan yang amat menarik.


Pertamanya ialah penegasan Allah dalam masalah zina seperti dalam firmanNya dalam Surah An-Nur (24:2) :


الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا مِئَةَ جَلْدَةٍ
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat….


Keduanya ialah penetapan hukuman terhadap orang yang mencuri seperti dalam firmanNya dalam Surah Al-Maidah (5:38) :

وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُواْ أَيْدِيَهُمَا جَزَاء بِمَا كَسَبَا نَكَالاً مِّنَ اللّهِ وَاللّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


Haa..adakah anda sudah nampak dimana similarity dan difference dalam dua ayat di atas?


Jadi, kedua-dua kata-kata Allah tersebut menegaskan tentang hukuman yang Allah tetapkan bagi pelaku zina lelaki dan perempuan, dan pencuri lelaki dan perempuan.


Dalam soal zina, Allah menyebut penzina perempuan terlebih dahulu sebelum penzina lelaki.


Sedangkan dalam soal mencuri, Allah menyebut pencuri lelaki terlebih dahulu sebelum pencuri perempuan.


Kemudian, kita dapat identify bahawa Allah menyebut dan specify kedua-dua golongan (lelaki dan perempuan) sedangkan dalam kebanyakan ayat Al-Quran yang lain, kita dapat lihat bahawa Allah hanya menyebut kepada lelaki namun dengan sendirinya dapat difahami bahawa ia turut merujuk kepada perempuan kerana gaya uslub Bahasa Arab memang begitu. Contoh terdekat ialah dalil Al-Quran yang pertama saya berikan tadi.


Cuba kita renungi kembali, memang tidak dinafikan wanita merupakan faktor penyumbang yang lebih besar kepada zina daripada lelaki. Hal ini disebabkan oleh kelemahan yang ditonjolkan oleh para wanita seperti memperagakan bentuk tubuh, bersuara lembut bagi menarik perhatian lelaki, membenarkan sentuhan-sentuhan lelaki walaupun sedikit dan sebagainya lagi.


Dalam soal mencuri, menipu dan jenayah lain, lelaki lebih terkehadapan untuk melakukannya berbanding wanita kerana kelemahan yang ada pada lelaki seperti meyakini matlamat menghalalkan segala cara untuk mendapatnya, bersikap ego untuk melakukan perubahan serta mencari jalan mudah untuk mendapatkan apa yang dihajati.


Kemudian, kita dapati dalam soal-soal begini, Allah specify kedua-dua golongan kerana baik lelaki mahupun perempuan, kita dipengaruhi oleh dua musuh yang sama yakni nafsu dan syaitan. Jadi, kita berkemampuan, berkelayakan, dan memang suatu yang menyeronokkan untuk melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah kerana semua itu adalah kesukaan musuh-musuh kita tadi.


Wah..sekarang kita sudah dapat identify kelemahan kita..jadi apakah solusi atau penyelesaiannya?


Setelah menyedari kelemahan, apa pula kekuatan yang dapat kita tonjolkan daripada diri kita?


Ingin tahu lebih lanjut?


Nantikan artikel yang akan datang..


Jangan biarkan diri anda dalam misteri..


Wallahua'lam.


Yang Fakir,

IbnuAbuFadhilah




2 comments:

  1. siapa ibnu abu fadhilah ni fancy sungguh nama!

    well, mana soultion dia ni?
    tak keluar2 lagi....

    ReplyDelete